Apa kaitan Pyrex nie dengan tajuk entry kali nie...Hehehe...tunggu..Btw, ini adalah pyrex yang saya beli semasa di UK..Harga nye 8.99 pound for 3 sets of bowls..with cover somemore...murah kan..kat Langkawi pun tak boleh dapat with this price...
Ok, Let's focus on this entry..Serawa Bachang..bagi yang tak pernah dengar, serawa bachang nie adalah makanan popular di kawasan utara semenanjung Malaysia..Bahan utama serawa ni ialah buah bachang or machang..sekarang kan tengah musim..so best la kalau kita buat serawa nie kan..
Bahan-bahannya ialah bachang yang di buang kulitnya...
Bachang yang telah dicuci kemudiannya dicincang-cincang kepada saiz yang lebih kecil..macam dalam gambar tu lah...
Taadaa..nie lah rupa isi buah bachang yang telah dicincang tu..
Tambah gula secukup rasa manis nye...
Taadaa..nie lah rupa isi buah bachang yang telah dicincang tu..
Tambah gula secukup rasa manis nye...
Garam secukup rasa masinnya...
and Santan secukup pekatnya..paling bagus santan yang diperah sendiri daripada kelapa parut..kalau tak ada santan paket pun boleh je..redah je..
Kacau la bahan-bahan tersebut...dah pun siap untuk dimakan..oopss..tak boleh lagi..kena letak dalam peti ais untuk menyejukkan nya...sedap makan masa sejuk-sejuk..dahlah musim panas nie..mesti sedap kan..