Tuesday 4 November 2008

Selamat Jalan Azzahra



1 pagi 4 November 2008,


Aku dikejutkan dengan berita kehilangan satu-satunya anak buahku yang baru berusia 2 bulan..Azzahra telah dimasukkan ke ICU selama seminggu dan disahkan menderita jangkitan paru-paru.


Hanya Allah sahaja yang tahu hatiku ketika ini, berada jauh di perantauan, memustahilkan aku untuk pulang menatap wajah dan mencium dahinya buat kali terakhir...Hanya doa dan surah Yassin dapatku hadiahkan dari jauh...Oh Tuhan alangkah hebatnya ujian Mu ini...


Lahirmu pada 1 Ramadhan lalu cukup menggembirakan kami...Pergimu kini kami tangisi...


Selamat Jalan Azzahra Ramadani Binti Syahrum Mauludin...Allah lebih menyayangimu..Pemergianmu kami redha kerana kami tahu Allah telah menjemputmu untuk berada di sisiNya sebagai penghias syurga.


Cukuplah kesakitan yang dikau tanggung..Cukuplah kesedihan melihat kau derita...

Doa kami sentiasa bersamamu..


Ya Allah, terima kasih kerana meminjamkan Azzahra untuk kami sekeluarga walaupun hanya dapat bersamanya seketika cuma..


Al-Fatihah buat mu Azzahra Ramadani ( 1 September 2008- 4 November 2008)....

4 comments:

Josh said...

My deepest condolence for the lost.

Sedih dengar berita camni.

Anonymous said...

innalillah..

dariNya kita datang..dan kepadaNya kita kembali..

ainmuttaqin said...

Josh- thanks..memang sedih sangat..rasa mcm nak terbang balik msia je..but my hubby kata life goes on..sabar..sabar..

ainmuttaqin said...

moshee- Ya, semua yang hidup akan merasai mati..hanya doa utk arwah..amin..