Thursday 25 September 2008

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri buat semua
Mohon maaf atas segalanya
Moga diberkati di bulan mulia
Aman bahagia makmur sentiasa



Ramadhan yang pergi ditangisi
Mengajar kita menginsafi diri
Agar menjadi insan berperibadi
Moga amalan mendapat rahmat Ilahi
Kini syawal tiba lagi
Disambut dengan segala tradisi
Rumah keluarga sahabat dikunjungi
Agar silaturahim kekal abadi
Ketupat, lemang, dodol, bahulu
Hidangan tradisi orang dulu-dulu
Namun tetap menjadi kegemaranku
Buat santapan seisi keluargaku

Persiapan raya telah sedia
Baju baru langsir baru semua ada
Harap kita bijak berbelanja
Jangan kering selepas raya

Buat yang tiada kita ingati
Doa dan zikir sentiasa dihadiahi
Moga ditempat dikalangan daei
Dipagi raya pusara kita kunjungi

Berhati-hati di jalan raya
Pandu kereta ketika jaga
Sentiasa sabar dijalan raya
Agar kita dapat beraya bersama


Salam kuhulur akhir bicara
Mohon maaf keterlanjuran yang ada
Moga syawal kita bermakna
Salam lebaran di pagi mulia

No comments: