Thursday 21 May 2009

Topik: Sejarah hari ini


Beberapa isu yang berlaku menyebabkan aku terpanggil untuk berkongsi rasa, pendapat dan luahanku.

Pertama, isu berkaitan kerajaan Perak: Siapakah MB Perak? Hari ini kita akan tahu keputusan mahkamah berkaitan isu ini. Walau apapun keputusanya, seharusnya MB yang dipilih WAJIB menunaikan janji-janji untuk memperjuangankan nasib rakyat.Bukan perjuangan menjaga periuk nasi sendiri seperti yang berlaku ketika ini. daripada dok berebut kerusi adalah lebih baik turun ke pelosok kampung melihat keadaan rakyat. Daripada sibuk beli Camry adalah lebih baik guna wang tersebut untuk membantu rakyat miskin. Adakah dengan Camry maka wakil rakyat ini lebih cepat turun ke kampung daripada dengan mengunakan Perdana??

Kedaulatan Sultan, hak ketuanan bangsa dan agama isu yang amat sensitif dan tidak patut dijadikan sentimen politik. Lupakah kepada Datuk Maharajalela dan Raja Abdullah yang sanggup berkorban demi membela bangsa mempertahankan negeri Perak?

Kedua, slogan "satu Malaysia". Ini juga tidak harus disalah tafsirkan oleh individu atau parti politik tertentu hanya untuk menaikkan kemarahan rakyat. Sekali lagi sentimen sensitif ini WAJIB dijaga dan dipelihara. Idea PM ini memang baik bagi menjamin kemakmuran negara. Tetapi janganlah membuat permintaan melampau dan merepek sehingga mengundang kebencian rakyat. Sewajarnya aktivis seperti Hindraf itu patut dihapuskan. Lupakah kita kepada sejarah asal bumi bertuah ini?

Ketiga, isu Chin Peng. Wajarkah beliau diberi kemaafan atas apa yang telah berlaku 50 tahun lalu? Sekali lagi sensitiviti rakyat tercabar. Bagi anak Pasca-merdeka mungkin perkara ini hanya satu perkara kecil. tapi bagaimana dengan pejuang kemerdekaan dan waris mereka yang masih lagi menaruh dendam dan benci terhadap komunis. hanya mereka yang tahu kesengsaraan ketika itu melihat kekejaman komunis.wajarkan "Ketua Komunis" ini dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini??Lupakah kita kepada perjuangan Leftenan Adnan?

Fikir-fikirkan lah. lupakah kita bagaimana Melaka dijajah Portugal, bagaimana British menakluk kita? Semua kerana pertelagahan dalaman yang mengundang campur tangan mereka. Inginkah kita sejarah berulang kembali? maukah kita jadi seperti negara Iraq??Di mana Jati diri kita??Walaupun aku anak pasca-merdeka tetapi isu-isu seperti ini benar-benar mencabar mindaku..Bacalah kembali buku-buku Sejarah untuk refresh balik ingatan kita ini. Kalau tak ingat juga datang tanya saya. Sejarah saya A1 SPM tau!!...hihihi

2 comments:

Puan A said...

setuju..
walupon sejarah x le dpt a1 tp i'allah igt lg..hehe

ainmuttaqin said...

Puan A: Hihi..tu subjek favourite msa SPM, tp ntah nape xjd lawyer..lawyer buruk je la kot..