Wednesday, 9 December 2009

Sabor jelah....


Lama tak tulis kat blog nie..busy memanjang..ah..semua orang pun busy kan..but still ada gak masa nak update blog apa...excuse la tuh..hihihi..tapi realitinya memang tak sempat lah..

Apapun kali nie nak mengomel je..sebab dah simpan bende nie lama sangat..Bak kata Doktor, " Awak tak boleh tension-tension, kena rest banyak dan jangan susah hati" Mana tak nya blood pressure saya nie naik sampai 140/90 masa check aritu..WAH! Perkembangan yang memang tak sihat tu..

So supaya bp tak naik sampai meletup jadi kena la ada medium melepaskan perasaan kan..so nasib ada blog nie kan..

Ok back to the subject matter, saya nie geram dgn sorang kawan setugas tu..Dia ni pakar ngelat yang terhebat abad ini.. Sebab apa cakap camtu? Yelah kalau bagi kerja kat dia, ada je alasannya..Asik busy je memanjang..Yang pelik tu tak tau la apa yg di"busy"kan tu..Nak kata tulis paper, sampai sekarang tak publish-publish pun..Nak kata tulis proposal grant, sampai sekarang tak ada pun geran yang dia dapat. Dah ler pegang jawatan yang takde keje nak buat..abis tu makan gaji buta je la..

Saya nie semua keje bagi kat saya..Tak tau la kenapa bos bagi banyak keje..samada dia rasa saya nie boleh diharapkan ke, or saya nie takde keje sbb tu dia bagi keje ke?Bila suh bos pass keje kat kawan yang sorang nie mesti bos kerut-kerut dahi..Last2 dia kata "you la buat" Abis tu nak kata apa?? Yes Boss! la kan..

So kawan yang sorang nie asik-asik alasan dia tak tau buat la, dia takde idea la..macam-macam la kan..Pastu kalu ada seminar ke, meeting ke selalu je tak dapat nak hadir..alasan mcm2 la kan..
Yang geram tu bila dia pass keje dia kat saya..Alasan dia "Dr. Ain tau buat".."Minta Dr. Ain tolong check sebab dia tau"...Abis tu dia buat apa???

Dah ler keje saya as quality management nie banyak giler..Dgn ISO, MQA, OBE sume..kepala dh nak pecah pun ada..Keje sendiri tak siap, nak tambah lak keje yang patut dia buaat kan...Sabor jelah..

Hari-hari keje mesti 10-11 jam..Datang awal. Balik mesti lambat. Yang dia dah ler datang lambat..balik lagi awal dari orang keje ofis..Sabor jelah..alasan nak amik anak..macam la aku nie takde anak kan..

Tapi bila bab promote diri tu, Wah no 1..dia la yang buat keje semua tu, dia lah yang bagus tu..nama dia je naik..nama orang pencacai cam saya nie takde la kan..Iskh! sabor jelah..
Nasib saya la kan...dapat rakan sekerja camni..Apa pun Allah Maha Tahu...

Mak saya selalu pesan- Ingatlah, setiap sesuap nasi yang kita usahakan atas kejujuran dan keihlasan akan mendapat keberkatan Allah..Makanan akan jadi darah daging kita..Itulah yang kita suapkan ke mulut anak-anak kita..Oleh itu nilaikan lah makanan itu sumbernya halal atau tidak.Moga Allah memberkati rezeki yang kita usahakan..amin...

Wednesday, 14 October 2009

Japan Trip

I will be away for Japan Trip for 12 days starting this saturday.

This trip is research collaboration visit to University of Tsukuba, University of Tokyo and RIKEN Japan. Hope this trip will give us some experience dealing with Japanese research groups.

Dasar pandang ke Timur...hihihi..

Thursday, 20 August 2009

Ramadhan: Ahlan Wa Sahlan


Salam Ramadhan kepada semua....

maaf lama tak update blog...sungguh tak berkesempatan..akan cuba update masa bulan posa nie sbb tengok kt organizer cm tak byk je meeting2...maklum la bulan posa sume pun tak de mood nak meeting..sebab takde makan..hihi..

Sempena bulan ramadhan ini, saya mohon ampun maaf kepada semua jika ada tersilap bahasa, tersalah cara dan terkasaar budi bahasa..

moga ketibaan Shahrul Ramadhan ini membawa seribu keberkatan. Moga puasa diterima Nya dan moga berjumpa lagi Shahrul Ramadhan tahun-tahun seterusnya..amiin..

Selamat Berpuasa..

Tuesday, 30 June 2009

Ingat Senang ke Jadi Ketua Projek???


Siang tadi aku ke MARDI untuk menghadiri meeting pemantauan projek penyelidikan oleh pihak MOSTI. rasanya nie meeting ke 3 yang aku hadir setelah mendapat kelulusan projek tahun lepas. meeting kali ni agak kritikal kerana meeting ini yg akan menentukan kelulusan budget untuk tahun kedua.

Sesi aku jam 3ptg. Sebelum jam 2 aku dah sampai setelah sesat beberapa kali..nie 1st time meeting ini diadakan di MARDI.selalunya di MOSTI Putrajaya..anyway, bila sampai ingat boleh terus masuk bilik meeting..rupa-rupanya meeting sesi pagi tak selesai lagi.aku mula la cuak..takkan lama sangat sesi pagi punya presentation padahal ada 3 projek je yg akan dinilai. sebelah petang iaitu sesi aku ada 5 projek utk dinilai..kalu macam tu mau habis jam 7mlm...

rupa-rupanya ada satu projek yg ambil masa lama, just imagine masuk jam 11.30pg jam 2.30ptg baru keluar..muka ketua projek merah semacam and siap berpeluh-peluh lagi..aduh! confirm kena "basuh" dengan panel-panel nie...

apa lagi makin tak keruan la aku as ketua projek..dah la semua colaborator tak datang..hanya hantar student je..sabar-sabar..

sesi ptg- 

-1st project yang present kena "basuh" teruk...semua panel tanya beberapa je jawapan yg menyakinkan panel...berapi-api ketua panel hentam...adoi...

-2nd project- lagi kena "bantai" teruk..padahal masa dia present tu kira sungguh bagus la projek dia tu..aku rasa cam ok je..but panel rasa tak bagus..kali ni siap kata projek tu takde nilai pun di mata panel..adoi lagi sekali...

-3rd project- aku punya la kan...aku pun present la semua results yg ada (with butterfly in my stomach)..." 2 milestones achieved" bla..bla..lepas habis slide "thank you"..aku pun get ready je lah kalu kena "basuh" jugak...

Alhamdulillah, smooth je soalan-soalannya dan dapat dijawab dgn baik..siap nak ajak aku pi field trip ke Sabah next month or early August...LEGA.....aku tanya bila depa nak masukkan duit utk 2nd year..aku la nie dah berhutang dgn UKM psl bayar gaji 2 org  RA aku tu..ketua panel kata by end of July boleh dapat duit tu..

FUH! Lega..lepas nie boleh tidur malam la aku...my student siap ckp kena pi celebrate..aku kata boleh la celebrate kalu dah dapat duit RM 1Million tu dalam tangan...right now, kena bersabar jelah..anyway, satu beban dah lepas..need to focus on 2nd year punye milestones yg lebih mencabar...

Students yg attend meeting tadi tu kata baru la dorang tau susahnya meeting monitoring nie..susah nak defend kat panel-panel yg pakar "membasuh" orang nie..susahnya nak dapat duit..Tau pun...Ingat senang ke jadi Ketua Projek???

Friday, 19 June 2009

Away...again


Will be away next week for research workshop (22-23 June) and scientific writing workshop(24-25 June)

will be back at office on 26June...

Thursday, 11 June 2009

Away


I will be away until 14 June. Need to attend workshop of Audit Monitoring of Research University Grant (OUP) at Royale Bintang Hotel, Seremban.

On Monday 15 June, another workshop on Ethics for Scientist and Engineers at Eastin hotel, PJ.

Huh!! Fuh!!

It's seems that my manuscript has to wait, again...ermmm...

Saturday, 6 June 2009

On Leave, at last...

Yeah!Yeah! cuti...akhirnya..dapat jugak bercuti... tapi before dapat cuti kena siapkan dokumen2 penting...dah la from tuesday to friday ada workshop..so kena la lari kejap ke ofis nak siapkan kerja..tadi baru je email dokumen terakhir to my boss..lega...so lepas nie boleh la balik kampung..

wil be back on thursday...cuti-cuti Malaysia...Laalalaaa...

Thursday, 28 May 2009

Need a Break!!

Penat sangat-sangat lar nie...banyak benda yang terkejar sana sini..nie belum lagi bukak semester..kalau dah bukak sems tak tau ler apa nak jadi...mau havoc! dah ler dengar citer kena ngajor dalam 100 over students..at least experienced 2 years ago berguna la kan..dulu kena ajar 250 students on my first day of lecture..gigil lutut masa tu..hihihi...such a nice memory..

nak cuti la time school holiday nie..tapi boss nak buat sanggar kerja la pulak time2 tu..adoi! pastu kena la pulak buat preparation benda2 tu..lagi sekali adoi!

Bulan Julai nie nak pi Kiwi's land ada conference on metabolomics..di jemput utk bagi oral presentation... tapi takut la pulak H1N1...camne yer?? kalau tak pi rugi la sangat2 (tapi actually ok je kot- at least takde la kena present oral kat org2 yg expert tu...adoi takuss)

entah la..serabut jer rasa...really need a long break...huhuhu..

Thursday, 21 May 2009

Topik: Sejarah hari ini


Beberapa isu yang berlaku menyebabkan aku terpanggil untuk berkongsi rasa, pendapat dan luahanku.

Pertama, isu berkaitan kerajaan Perak: Siapakah MB Perak? Hari ini kita akan tahu keputusan mahkamah berkaitan isu ini. Walau apapun keputusanya, seharusnya MB yang dipilih WAJIB menunaikan janji-janji untuk memperjuangankan nasib rakyat.Bukan perjuangan menjaga periuk nasi sendiri seperti yang berlaku ketika ini. daripada dok berebut kerusi adalah lebih baik turun ke pelosok kampung melihat keadaan rakyat. Daripada sibuk beli Camry adalah lebih baik guna wang tersebut untuk membantu rakyat miskin. Adakah dengan Camry maka wakil rakyat ini lebih cepat turun ke kampung daripada dengan mengunakan Perdana??

Kedaulatan Sultan, hak ketuanan bangsa dan agama isu yang amat sensitif dan tidak patut dijadikan sentimen politik. Lupakah kepada Datuk Maharajalela dan Raja Abdullah yang sanggup berkorban demi membela bangsa mempertahankan negeri Perak?

Kedua, slogan "satu Malaysia". Ini juga tidak harus disalah tafsirkan oleh individu atau parti politik tertentu hanya untuk menaikkan kemarahan rakyat. Sekali lagi sentimen sensitif ini WAJIB dijaga dan dipelihara. Idea PM ini memang baik bagi menjamin kemakmuran negara. Tetapi janganlah membuat permintaan melampau dan merepek sehingga mengundang kebencian rakyat. Sewajarnya aktivis seperti Hindraf itu patut dihapuskan. Lupakah kita kepada sejarah asal bumi bertuah ini?

Ketiga, isu Chin Peng. Wajarkah beliau diberi kemaafan atas apa yang telah berlaku 50 tahun lalu? Sekali lagi sensitiviti rakyat tercabar. Bagi anak Pasca-merdeka mungkin perkara ini hanya satu perkara kecil. tapi bagaimana dengan pejuang kemerdekaan dan waris mereka yang masih lagi menaruh dendam dan benci terhadap komunis. hanya mereka yang tahu kesengsaraan ketika itu melihat kekejaman komunis.wajarkan "Ketua Komunis" ini dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini??Lupakah kita kepada perjuangan Leftenan Adnan?

Fikir-fikirkan lah. lupakah kita bagaimana Melaka dijajah Portugal, bagaimana British menakluk kita? Semua kerana pertelagahan dalaman yang mengundang campur tangan mereka. Inginkah kita sejarah berulang kembali? maukah kita jadi seperti negara Iraq??Di mana Jati diri kita??Walaupun aku anak pasca-merdeka tetapi isu-isu seperti ini benar-benar mencabar mindaku..Bacalah kembali buku-buku Sejarah untuk refresh balik ingatan kita ini. Kalau tak ingat juga datang tanya saya. Sejarah saya A1 SPM tau!!...hihihi

Tuesday, 12 May 2009

Selamat Hari Ibu

Email dari sahabat..buat tatapan semua yang mempunyai ibu di dunia ini..

SELAMAT HARI IBU....
Dedikasi Untuk semua ibu / mak / ummi / mama dan yang seangkatan dengannya


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan
aku....mak
Bila lapar, yang suapkan
aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku
sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak


Bila nangis, orang pertama yang datang
....mak
Bila nak bermanja, aku
dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk
sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak


Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang
aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk
erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan â€Å“Selamat Hari
Ibu�

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk
mak?
mak bukan nak banyak...
lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya.....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di
dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak
lalu
membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di
belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si
anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sayang Mak......

Monday, 13 April 2009

Malacca:Workshop and a Visit

Another outdated entry...My research group at UPM invited me to attend this 3 days workshop of scientific writing. however, i only managed to join them after meeting at Terengganu on the friday.

We stayed at Shah's Beach Resort Melaka..nice place to stay..


Decoration of my chalet..roof made from "anyaman tikar mengkuang'..very traditional...

Decoration on the wall..

but modern style of bathroom...Lega..kalu traditional style of bathroom jawabnya toilet kat luar la kan..kan..
Day of activity...this was the take a break time..Yeah! after more than 2 days we focused on our laptop try to come out with the brilliant ideas on how to get our research work published, so we really need this before we end up as PHD (Permenant Head Damage)...

My ex..oppss! Ex-supervisor delivered his lecture on "How to be like your UMMI" to my kids...hihihi..

After the lecture they really having this...STRESS, TENSE and PRESSURE..like your UMMI..


Melaka, the historical city of Malaysia...Since this was my frist visit to Melaka after more than 10 years, so we decided to have a hop on and hop off tour...

Our hop on and hop off Beca...

Beca with flower decoration....so beautiful..

A famosa...
St. Paul Church on the top of the Puteri Hill..

A Famosa the monument of history back in 1511.

"The Famous" in Portuguese, is a fortress located in Malacca, Malaysia. It is among the oldest surviving European architectural remains in Asia. Only a tiny gate (called the Porta de Santiago) is all that is left of a once-mighty fortress..

Armada ship of Malacca..


Memorial Kemerdekaan..

Last but not least..shopping la...

Tuesday, 7 April 2009

Cuti-Cuti Malaysia: Perak Trip

Our family trip this year started with a visit to Perak...Actually this trip was not really in our plan. Well, as usual last minute plan...The truth is we actually were invited to attend a wedding of the son of my father's cousin in Parit, Perak. So after the kenduri we decided to spend a nite at Teluk Batik, Lumut.

It's a peak season of school holidays..We browsed a number of hotel and chalet around that area for a comfortable and affordable place to stay..Luckily, we found this nice apartment. Three bedrooms apartment at Marina Cove Resort at Teluk Batik, comfortable enough for 10 of us... With the price of RM350 (with 10% discount on government tax), this apartment, with a seaview from the master bedroom really superb..

Second bedroom with the view of rainforest...Fresh air....


Third room...

Wet Theme Park of Marina Cove Resort...Definetely we'll explored it...Wait for tomorrow..

In the late afternoon....As usual, my little sunshines having fun in the swimming pool of the resort.

At nite...Dinner in one of the seafood restaurant in Teluk Batik...Posing with snorkelling sea turtle..

Our dinner that nite...sambal udang, kerang bakar...

Ketam goreng berlada..

Kerabu sotong....
And hero of the day...Sweet sour grouper...tom yam and kangkung seafood (not in the photo) Urmph!! Yummy....Dinner was under my sister's treat... She only pay RM150 for the dinner that nite...Murah kan!!!Kenyang....

Next day....my turn to having fun at the theme park..

Rendam sampai kecut...my motto that day...

Before we left, photo taken in front of Marina Cove Resort...My big family...

On the way back home, we managed to visit Pasik Salak Historical Complex.Where the Perakian nationalisme begins..

Historical Gallery of Perak...


Pasir Salak Complex...
Perak, you always in my heart...Tanpa Raja Abdullah dan Dato' Maharajalela siapalah kita...Ingatlah perjuangan mereka mendaulatkan bangsa dan agama...Bangunlah dan sedarlah wahai bangsaku di Perak..Pertahankan warisan nenek moyang kita...Perjuangan belum berakhir...











Friday, 3 April 2009

Semesta class of '94...where it all begins.....

Entry yang dah basi nie...tapi still nak story jugak...coz nie memori terindah in my life...Semesta, where it all begins...1990 to 1994 aku di bumi SEMESTA, Raub..One of the famous boarding school in Pahang...
setelah 15 tahun berlalu, ini adalah reunion pertama yg aku dapat join...dan reunion terbesar setakat ini...

Permandangan dari bilik hotel...mengadap laut..best!!

Tepi bilik mengadap kolam pulak....


Jelitawan Semesta...lepas 15 tahun muka camtu la jugak..hihihi...

Sempat lagi suha n hakim tu...

Mandi swimming pool best tau, ummi!

Dah puas kat swimming pool, ke laut pulak...

Nie lepas dinner kot...depan resort....

Dinner BBQ...Jelitawan Semesta lagi..asik posing jek..Time nie jejakawan sibuk karaoke...sabor jelah...

Nie hari menguji sejauh mana kecerdasan kami selepas 15 thn...Lari pecut 100 meter...Beratur tunggu arahan la nie..


Taaraa..lari pecut apa nyer tu..atas sebab2 yg tidak perlu dinyatakan, acara pecut diganti dengan acara sukaneka jelah kan.. Boleh tahan...masih mantop!!!hihihi...Kalau lagi 15thn kena pikir acara lain la pulak kan...


Hakim and Suha mula la boring tu...Bila games budak2 pulak ummi...asik org besar jek..



Taaraa...nie game kegemaran...kutip gula2 dalam tepung....

Ni last day...posing lagi...

Ni budak kelas aku, 5 Sc 1...kapten sekolah (ketua pelajar) dalam kelas ni tau..tapi takat ni je yg datang...

Gambor ramai-ramai before balik...

Gambor lagi...tahan je la panas sbb bergambor punye pasal...
So next year buat lagi tau..thanks to AJK yang berhempas pulas menjayakannya...Memang BEST!!!